Translate

Isnin, 30 Mac 2015


First entry....                         

KELUARGA 


            Siapa yang dalam dunia ini tiada keluarga,walaupun ahli keluarga dia telah meniggal dunia semuanya tetapi dia pernah dan masih berkeluarga. Makna keluarga bagi saya adalah satu pertalian yang lebih kukuh dari sebatang besi,lebih dekat berbanding jantung,lebih tinggi dari otak. Ianya satu perhubungan pertama yang amat rumit untuk dijelaskan.

       Keluarga sebenarnya bukan pada pertalian darah semata-mata,bahkan tanpa pertalian darah sekalipun ia dipanggil keluarga.Bagaimana?Apabila sebuah perhubungan yang bukan dipanggil persahabatan mahupun percintaan. Sebuah perhubungan dimana suka,duka,susah,senang dalam semua keadaan sentiasa bersama

      Keluarga yang harmoni bukan keluarga yang bahagia,keluarga yang bahagia bukan keluarga yang kaya. Jadi keluaga jenis mana yang terbaik? Keluarga yang terbaik ialah keluarga yg tidak ternilai dengan wang ringgit.Walaupun sering dileteri dan dimarahi tetapi mereka(ahli keluarga) sentiasa ada bila kita dalam keadaan terburuk,pabila kita perlukan sokongan mereka selalu ada.Bukan keluarga yang suka mengarah-arah,tidak hormat akan darjat atau pangkat sesiapa yang lebih tua dari mereka dan tidak beradap.

  Di sini ada satu kisah benar(tapi namanya telah ditukar atas beberapa faktor )sila renung-renungkan...:-


        Ada sebuah keluarga yang mempunyai sepasang suami isteri dan enam orang anak.

Anak sulung agak bijak dalam pelajaran berbanding anak-anak yang lain. Tetapi atas sebab tekana prestasinya semakin menurun.Tiada siapa yang tahu apa tekanan yang dialaminya.
     
         Sehingga mendapat keputusan peperiksaan yang teruk diluar jangkaan siapa pun. Secara luarannya dia kelihatan sangat tabah,berani dan ceria. Tetapi dalamannya kurang kasih sayang. Tetapi dalaman,sebenarnya dia tidak mempercayai sesiapa dalam hidupnya termasuk kedua ibu bapanya. Jadi segala masalah dia pendam sendirian dan hanya menunjukkan rupa yang ceria dihadapan semua orang .Dia mula rasa tekana semasa dia di sekolah menengah dari tinggkatan 4 dek kerana masalah serta rasa tidak puashati yang terpendam(nasib dia belum gila).Bapanya juga selalu mengadu mengenai masalah kewangan dan keluarga dengannya. Dia mula berasa yang bapanya rasa terbeban dengan perbelanjaan persekolahan anak-anaknya yang ramai.Itu yang buat dia rasa bersalah dan terbeban. Tak tahu apa maksud sebenar bapanya.Mungkin cara percakapan bapanya buatkan dia tersinggung. Lalu mula timbulkan masalah satu demi satu.
   
       Sehingga dia sendiri jatuh dan terasa sangat sakit. Tapi tidak terdaya menjerit.Kenapa? Sebab dia tidak percayakan sesiapa.

        Akhirnya dia sedar dia cuba berdiri sendiri dengan apa hasil yang dia dapat selama ini dan tidak mengalah. Walaupun kadangkala dia rasa terlambat nasib baik ada orang pernah keluarkan pepatah "Better Late Than Never" itulah kekuatan dia.Tapi ahli keluarga dan rakan baiknya selama ini masih tiada tahu keadaannya yang sangat lemah dalamannya.


   * Moralnya sebagai ibu bapa jangan sangka senyuman anak itu adalah senyuman gembira. Bersembanglah dengan mereka seperti anda bersembang dengan rakan bukannya dengan musuh.
    Semasa anak anda berumur 1 hari sehingga 6 tahun bermainlah dengannya,semasa umur 7 tahun hingga 14 tahun didik lah dia Semasa umur 15 tahun  mulalah berkawan dengan mereka. Kerana semasa kecil/bayi mereka perlukan perhatian dan kegembiraan dalam hidup. Dari umur 7 tahun mereka mula kenal akan kehidupan didiklah mereka dengan baik.Manakala semasa dari umur 15 tahun mereka mula meninggkat remaja,banyak hasutan dari rakan-rakan yang boleh rosakkan mereka,maka jadi lah teman kapada anak anda. Pada usia remaja mereka lebih dekat dengan kawan berbanding keluarga.

 ** Maaf saya pohonkan sekiranya ada pihak yang terasa. Akan saya sambung lagi kisah keluarga ini di entry akan datang. Gunakan entry ini sebagai pengajaran  kepada anda. Segala nasihat atau cadangan sudi saya dengari.Wasalam dari saya. -Titania-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan